Sunday, December 20, 2009







Steady la Bob!



Buah Pitaya

Ternakan Ikan Keli.




Prasarana di Kg Felda Semenchu

Bil. Penduduk : 5614 orang
Melayu : 100 % Melayu

Keluasan Keseluruhan Kampung : 186.30 hektar
Tanah pertanian
( Kelapa Sawit ) - 2546.95 hektar
Perumahan - 186.30 hektar.
Tanaman Kontan - 15 hektar.
Industri - 1 hektar.
Rekreasi/Kemudahan Awam - 22.45 hektar.
Terbiar - Tiada.


PERUMAHAN
Rumah Peneroka - 628 buah.
Rumah Homestay - 92 buah.

Bekalan Air Bersih : 817 rumah
Air Paip Kerajaan/SAJ : 100 %

Bekalan Elektrik : 817 rumah
Tenaga Nasional Berhad : 100 %

Pusat Pendidikan
Tadika/Taska : 4 buah
Sekolah Rendah : 1 buah
Sekolah Menengah : 1 buah
Sekolah Agama : 1 buah
Pusat Komputer : 3 buah
Masjid : 1 buah
Surau : 2 buah
Wisma JKKK : 1 buah
Dewan Orang Ramai : 1 buah
Klinik Desa / Bergerak : 1 buah
Telefon Awam : 5 buah
Hentian Bas : 1 buah
Pejabat / Wakil / Peti Pos : 1 buah
Padang / Gelanggang Permainan: 1 buah
Taman Permainan Kanak-Kanak : 1 buah
Perpustakaan / Pusat Sumber : 3 buah
Tapak Perkuburan : 1 buah
Kompleks Sukan : 1 buah

Asal-Usul Felda Semenchu

Kampung Felda Semenchu terletak 42 kilometer dari daerah Kota Tinggi menghala ke pusat peranginan Desaru di dalam negeri Johor Darul Takzim. Di bangunkan dalam tahun 1972/73 seluas 2,775.72 hektar oleh FELDA. Kemasukan peneroka bermula pada September 1977 sejumlah 628 peneroka yang datang dari berbagai negeri.

Asal-usul nama “ SEMENCHU” ialah diambil daripada nama sebatang sungai yang mengalir dari Felda Semenchu ke kuala Sungai Lebam. Mengikut cerita, beberapa orang petani cina telah menanam pokok “ MENCHU” dipinggir sungai tersebut, dimana pucuknya dibuat gambir.

Nama “ FELDA SEMENCHU “ telah digunapakai bersempena nama sungai berkenaan. Kesan-kesan perkampungan orang cina masih terdapat di pinggir sungai yang masih kekal di sempadan ladang sawit sehingga sekarang.

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Pagi Malaysia...

Saksikan " Selamat Pagi Malaysia "dalam slot " Salam Desa ' pada 18 & 25 September 2009.

Rakaman slot tersebut telah diadakan di Felda Semenchu dengan memaparkan aktiviti2 yang dijalankan di kampung ini.

Monday, August 24, 2009

TAHNIAH!

Felda Semenchu melakar kejayaan di dalam Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang ( ADC ) peringkat Daerah Kota Tinggi. Panel Hakim ADC sebulat suara memilih Felda Semenchu sebagai JOHAN daerah buat kali keempat.TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!

Sunday, June 21, 2009

HOMESTAY PELANCONGAN PELAJAR

Program Pelancongan Pelajar ( 3P )
SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub dan SMK Dang Anum,Merlimau Melaka.
19-20 Jun 2009
Peserta Program Pelancongan Pelajar ( 3P ) sedang belajar membuat dadih.






Tuesday, June 16, 2009

KURSUS KETRAMPILAN HOMESTAY ZON TIMUR


Peserta Kursus bersama
En Mohd Azlan b Abd Jalil ( Timb.Pengarah MTPN )
Prof.Dr Ahmad Zaki Abu BAkar ( UTM )
dan Sheikh Abdullah Mohd Taufek ( 4PBM )




Latihan dalam kumpulan

Monday, May 18, 2009

Menjunjung Kasih Tuanku Sultanah Johor.













Sekitar majlis Penyerahan Bungkusan
kepada Anak-Anak Yatim,OKU,Fakir Miskin
di Kg Felda Semenchu
oleh DYMM Sultanah Zanariah Ibni Almarhum Tuanku Ahmad.






Thursday, April 23, 2009

RUMAH INAP KG FELDA SEMENCHU



Rumah Inap Homestay Kg Felda Semenchu.

Kadar Sewaan utk 1 malam ( Bilik Berhawa Dingin ).

1 bilik - RM 100

1 rumah - RM 400




Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur setiap satu boleh memuatkan 2-3 orang dan dilengkapi dengan hawa dingin.




Bilik air disetiap bilik.




Ruang santai dan menonton TV.



Ruang tamu.












Thursday, February 5, 2009

PAKEJ

PAKEJ HOMESTAY KAMPUNG FELDA SEMENCHU
81900 KOTA TINGGI, JOHOR.
JUMLAH RUMAH HOMESTAY = 105 Rumah

Hubungi : 07-8954372/019-7019484 ( Hj Omar b Dean )

http://www.semenchu.com/

email:homestaysemenchu@gmail.com

noar_07@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pakej Homevisit
1 hingga 50 orang : RM60.00
Lebih dari 50 orang: RM55.00

Program :
Minum selamat datang - - Makan tengahari - - Aktiviti dirumah homestay
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pakej dua hari satu malam ( 2H 1M )
01 hingga 50 orang : RM100.00
Lebih dari 50 orang : RM90.00

Program :
Minum Selamat Datang. - - Tinggal bersama keluarga homestay - - Aktiviti rekreasi - - Persembahan kebudayaan - - Lawatan ke projek pertanian Kraftangan , IKS, Sukan dan Kesenian
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pakej Tiga hari Dua malam ( 3H 2 M )
01 hingga 50 orang : RM 180.00
Lebih 50 orang : RM 170.00
Program :
Minum selamat datang. - - Tinggal bersama keluarga homestay - - Aktiviti rekreasi - - Persembahan kebudayaan - - Lawatan ke projek IKS. - - Sukan tradisional-Gasing Sepakraga dll.

Pakej diatas termasuksambutan kompangdan bunga manggar
*Tambahan setiap 1 malam RM 90.00
Lain-lain Pakej.
1. Majlis makan malam.
2. Persembahan Kebudayaan (Ghazal ,Kuda Kepang) dan lain-lain
3. Persandingan Pengantin Melayu
4. Masakan tradisional – membuat Lemang - Dodol
5. Pakej Korban dan akiqah.

Lain-lain Pakej Boleh dirundingkan dengan pihak pengurusan Homestay

Lain-lain Caj
Caj Pengangkutan - RM 10.00/orang
Persembahan Zapin - RM 300.00
Persembahan Silat - RM 150.00
Persembahan Ghazal - RM 700.00
Persembahan Kugiran/Live Band - RM 450.00

Karaoke-RM 250.00
Persandingan Melayu - RM 300.00
Persembahan Gasing - RM 5.00/orang

Lwtn ke Ikan Sangkar - RM 10.00/orang
Melihat/berkunjung ke tempat-tempat peranginan
Berhampiran ( caj pengangkutan ) RM 10.00/orang
Spt ke Tg Balau,Desaru,Johor Lama etc
Pakej BBQ - RM 30.00/orang
Makanan yang dicadangkan
Nasi Goreng ,Ayam panggang ,Kupang bakar
Ikan bakar ,Sup sayur ,Air Jus oren ,Buah-Buahan.

Tuesday, January 20, 2009